Pages

Ads 468x60px

29 April 2010

BENDA YANG AKU TERINGAT...........

aku pagi ni otak aku mula memikirkan betul2 
life yang bakal mendatang dalam hidup aku ni
slah satu dia pasangan hidup aku
aku mengaku aku bukan la girl yang baik2
sopan sana sini
lemah lembut macam agar2
jaga pergaulan
n prkara2 baik yang sewaktu dgn dia
its not aku la macam tu tapi xdew la kejam sagt aku ni huhuhuh
aku girl yang penuh pelbagai cita kelam
yang aku terbina tanpa aku fikir akibat pada masa kini
hidup aku penuh dengan masalah yang entah bila akan selesai
mungkin sampai mati pon tak kan selesai
tapi yang pasti aku masih ada naluri persaan
yang aku tak nak hati aku di pijak2
walaupun aku bukan seorang yang baik.....
aku tak tahu la aku layak kew tak cakap macm ni
disebabkan kesalahan2 yang aku pernah buat
masa lalu...tapi aku cuba tok berubah

bg si dia yang selalu mencari slah aku
mungkin dia tak tahu nak menghormati
diri orang macam aku
yang pernah melakukan keslahan pada masa lalu....
hidup aku ibarat macam banduan yang baru terlepas dari penjara
yang dipandang hina oleh masyarakat
yang tidak ada peluang tok difahami n dihormati
hanya tok dimaki n dicaci sahaja
tanpa mempedulikan hati n perasaan aku
dan tak lekang dari mencari2 keslahan2 lalu,,,
sedangkan ade benda yang aku xbuat hanya slah paham
menjadi pergaduhan
dan apabila pergaduhan dan tuduhan ke atas aku cuba dilemparkan
slahkan aku untuk mempertahankan
diri aku yang aku tahu penuh dosa silam....
aku seriusly tak rasa bhagia dengan life sekarang
seakan2 hidup dalam ketakutan
dengan orang yang kita sayang
sehabis mungkin menjaga hati dan persaan orang lain
namun diri sendiri menjadi korban
bila diblasn dengan pertahanan
tok menegakkan kebenaran
diri sendri dipertikaian atas keslahan silam
yang menjadi senjata untuk menindih aku.....
sedangkan aku tak buat apa yang dia pikirkan....
balik2 ayat yang dikemukan
hatinya sakit bila
fikirkan life aku dulu
so kenpa trima aku
kenpa bgi aku harapan
kenpa cakp sayang n cinta
padahal hati masih mencari setiap inci keslahan aku
dan tak pernah nk peduli hati orang lain
dan mengingat kan aku bahawa
dia memang sebegitu
macam membe baik dia yang dia sayang
selalu cakap dia suka main cakap lepas
xkisah apa orang rasa...
kalo takat main cakap lepas aku xkisah sgt lagi
tapi sampai setiap inci mengungkit
kesalahan silam aku n slalu
compare ak dgn mmbe baik dia
adilkah itu????
xkan aku nak berdiam dri selalu
membiarkan diri aku selalu disalahkan
padahal aku tak buat
hanya kerana kisah silam n kesalahn yang tak disengajakan
dri aku terus dihukum
dan keslahan demi keslahan
dilemparkan hanya pada aku?????
ADILKAH ITU???????????
aku bagai tak ada hak bersuara
dalam setiap apa pun persepsi
kerana apabila dibalikan kepada si dia
mencurahkan tuduhan dan kata2 yang menyakitkan
dilemparkankembali kepada aku 

hanya kerana aku seorang perempuan yang penuh dengan dosa silam...
aku punya perasaan k 
bukan tunggul kayu yang boleh dihentam hentam
tapi hari ini aku perasaan 
sebnarnya kemungkinan aku hanya orang yang 
hanya memenuhi hari2 kosong dalam hidup dia
kalo betol sayang n cinta 
xkan terjadi perkara yang macm ni
kalo tak boleh trima tinggalkan aku sendri
disini meniti hari2 yang entah macm mana
jalannya jagan disebab aku perempuan yang penuh dosa silam
diri aku dilanyak aku terpaksa akur dan terima 
setiap inci perkataan yang meyakitkan 
kena aku trima.....
aku tak tahu macm mana
tok aku luahkan rasa sakit hati aku
apabila setiap kali jadi perkara macam ni
bg dia walau apa pun dia buat
aku kena trima tapi bila aku
skitkan hati dia aku kena trima sgala kata2 kurang sedap dia pada aku
HANYA KERANA AKU PEREMPUAN YANG PENUH DENGAN DOSA SEMALAM.......

23 April 2010

MY CUPCAKE TARAAAAAAAAAA =_=

Dalam kepenatan hari yang sibuk gilew
aku nk tulis jgk tok blog aku...
aku dah buat cupcake aku skali icing atas dia
aku namakan 'CUPCAKE KELAM KABUT'
hahahahahaha
sebab apa sebab masa aku  buat kek ni
mlam ni jugak la
cousin aku nak bersalin
and disebabkan mak aku sayang sgt kak cousin aku ni
aku kena bawak mak aku g hospital
malm tu jagk agak tgh malam la
pukul 1 lebih kurang la
aku bawak mak aku g jugak
sampai kat sana doktor suruh balik dulu
sebab xcukup syrat lagi tok bersalin
tapi masa tu kebetulan suami dia bawu ja blik
and terpaksa la aku bawa dia balik
lam perjalanan dia cakap kat aku sakit
sampai kat umah mak chaq aku
lam pukul 3 pagi dia dah sakit blik
masa tu masa mang kritikal
sampai suami dia call ambulan datang
pastu dah selamt bersalin ada msalah plak
dengan baby n my cousin
agak gelabah la family kitaorang
pagi dah lpas subuh
bawu diorang keluarkan my cousin dari bilik bersalin
kira hari yang agak kelam kabut la
tgah malm tu aku g hospital
pagi lpas subuh aku g balik
and tgah hari palk aku pegi plak
and sekarang aku baru balik dari umah
ma chaq aku
so agak meltihkan la
p mai p mai
membe aku suka cakap
aku suka main batas
hahahahah
ermmmm ni pic cupcake aku
xcantik pon tapi aku suka la ngan hasil aku
walapon xberapa puas hati huhuhuhu


langkah permulaan yang xberapa nk mula dia ni antra pic yang aku snap
ni time mula pukul butter n gula
ni dia dah kembang

ni adunan dah dicampur dengan tepung coklat

and ni hasil dia lastly
huhuhuhu


k aku pon dah nagtuk ltih arini semoga hari esok lebih baik dri hari in tok aku aminn...

22 April 2010

CADANGAN AKU TOK HASILKAN CUPCAKE...

Perhatian cadangan baru
tapi tak tahu lagi
tok hilang rasa boring aku nak try wat fondant
and hias kat atas cupcake tu
ermmmm kalo tak jadi esok
mybe lain hari tapi aku nak try jugak
aku tulis lam blog ni sebab nak ingatkan aku
tok belajar buat cupcake aku sendri
so coming soon........

21 April 2010

BANNER CONTEST






Create your own banner at nukilangadiskampung.blogspot.com!


minggu yang agak menyedihkan dalam hidup aku
kesempitan yang berulang
mak aku tak henti-henti nagis
aku selalu buat tak tahu
tapi bukan aku tak kisah
tapi dalam kepala hotak aku
ni hanya allah ja la yang tahu
aku pon tak tahu nak buat macam mana
dengan masalah aku lagi
aku pun tak paham la
ujian ni datang bertimpa-timpa
aku kena kuat jugak
sebab bila aku lemah mak lagi lemah
sebab aku ja yang dia ada
aku tak dew sapa tok aku kongsi
buat masa sekrang blog ni jadi bf aku luahkan apa aku rasa
ermmmmmmmm =_=
handphone aku kembali bisu balik
harap-harap aku boleh lalui semua ni
dengan lancar walaupun hidup aku
penuh dengan kekurangan..........
sebab aku hanya insan yang selalu diuji
mube untuk aku dapatka pelangi aku.......
huhuhuhuhu
walaupun maybe aku perasan
tapi sekurang-kurangnya
membantu aku tok buang
semua perkara  negatif dalam hidup aku
kalau dia dah tak kembali
biarkan dia pergi
aku tak kan cari lagi
sebab bagi aku kalau ikhlas hati dia
dia tak kan senang buang aku macam ni
hahahahhaha
dok merepek pew ni
dah dah dah
layan adamaya bes jugak dari
dok melangut
bes jugak bila adew orang yang cinta kita
macam ni
waaaaaahhhhhh dani lamar pompuan ni
so sweet >,<
aku tak pernah rasa macam tu
adew kew tak ek
tok aku hahahahhaha.....berangan kuat tol
patut la orang selalu cakap aku kuat berangan
hmmmmmmmmm =_=

Kenapa Aku Masih Solo


Kenapa Aku Masih Solo www.iluvislam.com oleh: afdhal87
editor: deynarashid

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.



Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

20 April 2010

Perkara Sebelum Kahwin..... Selepas Kahwin



1) ANGKATKAN BEG..
Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u..

Selepas kahwin...Beg u pun u mls nak bwk. Len kali xyh bwk beg r!

2). TERSUNGKUR BATU....
'Sayang, intan payung, you ok x darling? Bdoh punye batu!'

Selepas kahwin..Jln btol2 la! Buta ke? Mata ltak kat mana? Lutut? Batu tu pnye besa pun x npk!

3.) PAKAI SEXY....
Lawanye u pkai baju ni. Sexy! mcm nak gigit2 you skrg gak!

Selepas kahwin...
'Ni ape ni, t***k trjojol, npk longkang! ngn babat brlipat2! x mlu ke?'

4.) MANJA DI PUBLIC...
Mnjenye syg i ni. Cium ckit syg! Firm nye pipi u!

Selepas kahwin...
Oi! Org tgk ah! Tnggu blik umah bole x? x malu ke orang tengok??

5). KEMPUNAN...
U nk mkn brger ramly? Ok, jap g i belikan eh syg..

Selepas kahwin...
Brger McDonald pn sme pe! Jgn crewet ah! Mkn je!

6.) KECANTIKAN
Cntik nye u ari ni. Eye shadow u lawa la! Brseri-seri muka u!

Selepas kahwin...
Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pn klh tau!

7.) KEKAYAAN

U xde byk duit pun, i tetap syg u. Kkayaan x mnjnjikn kbahagiaan.

Selepas kahwin..
Tu la, duu xnk blaja btul2..Skg bru nk mnyesal!

8.). SEX
Klau kita kawin, ari2 i nak main dgn u.

Selepas kahwin...
Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9.) KESABARAN
dahlah syg, jgn merajuk. Sory eh Sayang. Mmg slh I. Jgn mrjuk lg ye syg..I mtk maaf. Maafkan i eh?

Selepas kahwin...
Slh u, u nk sruh I ckp Sory! Byk cntik mke u! Dh buat slh xnk ngaku. Tau nk mrjuk je!

10.) MASAKAN
Sdpnye u msk (walaupun tak sedap)

Selepas kahwin..
Mak u x ajr msak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11.) DUIT NO PROBLEM

Syg, kte mkn dkat rstoran mahal tu eh? Mhal xpe lah, skali skale..

Selepas kahwin...Mak oi! Pe mhal! Da la! Mee grg mamak lg sdap. x mau ah!

12.) LUV PEGI LUV BALIK
Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u la syg. (Pdahal smlm baru jmpe)

Selepas kahwin...
Ah, ok bye! x bole lah. Kwn i ade ni! Bye la bye la!

13). PENGORBANAN

xpe syg, I x ksah. I snggup buat apa sje utk you. I fetch you later eh?

Selepas kahwin...
u ni, I pnat bru blik kje la. Ap slahnya u blik sndri. Mnja sgt ah!

14.) JUMPA LAMBAT
xpe syg. Aslkan u slamat smpai.

Selepas kahwin...xpe la. Da biasa da!

15). BUANG ANGIN
u kentot eh syg? Hehehehehe! Cute la u ni! *cubit-cubit*

Selepas kahwin...Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

Rahsia Serasi Bersama Selamanya

PENTING UNTUK AKU NI >,<

Anda dan dia tidak merancang untuk menamatkan zaman bujang terlalu awal kerana masih mudah dan belum puas “enjoy”. Tetapi dalam masa yang sama anda juga bimbang andainya cinta yang telah lama dibina tanpa ikatan akan pudar. Berikut adalah tip untuk mengunci hatinya dan pasti setiap hari akan bertambah cintanya.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dirinya seorang bertakhta di hati buat selamanya dan tiada duanya.

Setiap kali dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkan dirinya. Tugas anda adalah member sokongan agar dia bangkit memperbaiki kesilapan dan bukan membuatkan dirinya rasa rendah diri.

Jangan terlalu berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

Jangan rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain dari dirinya.

Hargailah peribadi miliknya, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

Jangan malu untuk member mesej atau ucapan sendiri padanya jika kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu.

sentiasa mengingatinya dalam apa juga situasi yang kamu lakukan dan percayalah apabila kamu mengingatinya dia juga akan begitu.

Setiap malam telefonlah dia untuk mengucapkan selamat malam.

Sekiranya ada kelapangan ajaklah dia bercuti.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Jika dia membyar tiket wayang tidak salah kalau anda pula membeli makanan dan minuman ringan.

Jika kamu mempunyai lessen memandu jangan biarkan hanya dirinya yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu agar si dia tidak berasa seperti pemandu.

Paling menarik adalah apabila anda sekali-sekala menghantarkan kad ucapan yang dibuat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau ulangtahun bersama, hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirnya, jangan bertanya atau mencungkil perkara tersebut sebaiknya buat-buatlah tidak tahu.

19 April 2010

Hari yang tak tahu apa kan jadi .....

alhamdulillah kenyang makan pagi n tgh hari huhuhuh.....aku suka wat pakej dua skli jimat hahahha
ermmmm leher ku diserang virus adik beradik kayap waaaaaaaaaaaaaaaaaa =(
n jari aku lak entah salah urat kat mana xleh gerak pg mngurut sampai makin teruk....n lastly g jmpa dokter kesyangan aku jgk dr tat....kena ceramah dgan dia huhuhuh padan muka sapa suruh memandai g mngurut kan lagi teruk....haiiiii ujian menimpa nimpa nmpaknya ni....xpa xpa cool baby >,<.....

haiii apa nk cakap ek td aku tgk rancangan rachael ray pasal orang yang takut n gemntar bila berhadapan dgn orang ramai...aku asa malaysia patut wat macam tu jagk n pilih aku hahahahha sbb aku mang giler2 xblh berhadapan dgn orang ramai mula la darah tinggi aku naik hahahah penah aku jadi chairman kat 1 majlis kat kolej aku skali dah la aku dipaksa suruh mmbe2 yang penh jadi semua xmau bila xterpilih merungut cakp napa xpilih depa la ni aku nk  bagi jadi xmau lak terhegeh-hegeh betul nyampah aku eeeeeeeeeeeeeeeeeeee
blik cita tadi haaa dah 1st time aku jdi kat kolej tu dengan ketaq-ketaq aku baca la skrip yang aku copy sana sini kat mmbe2 aku yg penh jadi chairman dulu....n mula la kisah kat cni hahahahahaha nk gelak aku tingat masa tu aku baru ja nk bagi salam tiba2 mic yang aku letak kat atas tmpat kaki dia tu slumber ja turun cium mulut aku apa lagi mmbe2 aku dok tersengeh sengeh kambing la kat aku sampai penceramah kat depan tu tny lec aku ni sapa pelajar ka lec mau nya malu aku masa tu...adoiiiii mula la suara aku tersekat sekat baca skrip tu...lpas tu lec aku suruh pegang ja mic tu so lagi nmpak la tangn aku terketaq-ketaq pegang mic tu bila pkiaq blik lawak la plak tu la kengan yg aku xleh lupa sbb 1st time aku jadi chairman n jdi lak perkara macam tu.....so jagn pilih aku jd chairman lagi hahhahaha

tiba2 cerita pasal kolej aku teringat masa aku masuk pertandingan reka cipta logo kos aku,kuiz siapa saya n templte tok kusus kitaowang tiga tiga aku bantai hadiah hahahha cuma kuiz siapa saya ja slogan aku lari ckit sbb tu dapat tmpat kedua...tapi hamper jala....sampai adew yg bnci jels kat aku aku pon xpaham knpa nk jeles kalo nk menag wat la sndri kan aku tungkus lumus perah cari idea diowang snng ja nk msuk nama ja...tapi aku xkisah dah pon bnda lama mals nk pikiaq bukn leh kaya pon kalo ingat hahahha lagi skit ati ada la kan kan kan so forget it..ni antara hadiah2 aku hahahahhaa bngganya mak aku....
ni hamper2 aku yg tecik tu aku pinjam zhafran nye aku nye yang tecik dah bukak >,<
ni depa gelak kat aku sbb aku sampai tga kali p depan ambik hadiah en zul cover ckit huhuhuhu

11 April 2010

kecewa KEDAH kalah T T

ermmmm kalah pulak malam ni..mybe xdew luck..tapi ada owang tu cakap menang kew kalah kew aku xdapat ape mybe dia xpaham semnagt anak jati kedah...hahahhaha mak aku lagi bes sampai nk kua rengkong dia hahaha....ermmmmmm kedah bukan pew tu nak bagi peluang tok n9 hahahaha....ok pe kalah penalti ja..normal la tu....family aku mang fanatik bola.dari arwah wan aku lagi sampai penah bawak kitaowang cucu2 dia g tgk bola kat stadium..tula semangat..tapi kalo owang xpaham mang xkan paham..lama aku xg stadium dah dulu masa zaman kegemilangan kedah aku sllu jgk g....ermmm rindu nk g tgk bola live mcm dulu...musim ni pak cik aku xnak g palk kalo tak mang niat aku nk ikut dia g.hahahaa

boring xdew owang nak layan....kenpa jdi macm ni...nk tdow kew nk tggu ek....mlam ni bisu rakyat kedah seketika menerima kekalahan kedah....xtau nk buat ape msg asyik berbeza pendapt aku pon xpaham kenapa asyik nk marah aku..bukan ke kita patut hormat menghormati minat owang lain..slah kew kalo wat macm tu...kenpa anya aku yg asyik kena mngalah sampaikan aku kena simpan apa setiap kata2 memedihkan aku kena buat xtau tok xnak timbulkan pergaduhan...t bila gaduh aku disalahkan dan apa yang asa nk kua kua jew...walapun aku seri kandi yang penuh kisah silam yang kelam salahkan aku dihormati dan dilayan macam orang lain....sedangakan aku menyayangi dia sepenuh hati aku...kenpa dia harus layan aku macam tu...aku seboleh2 nak jaga hati dia tapi dia sebaliknye bila aku majuk bukn nk pujuk lagi hntam adew ya allah beratnye dugaan2 yg kau berikan kat aku...tapi aku xpaham kenapa aku masih sayangkan dia...wlaupun aku kadang2 rasa xmacam orang pentig lam hati dia....walaupon kadang2 aku xmint ape dia cakp tapi aku try tok trima xnak dia trasa tapi kalo aku dia blsah ja tapi cube aku wat macm tu teruk la kena...so sampai bila aku nk jdi macm ni hidup dalam ketakutan dengan owang kita sayang macm tu kew tok aku teruskan..terusan mnjaga hati dia tapi hati aku terus dilanyak..aku asa kan kalo aku ni dah jdi bini dia mesti bayk pahala aku dapt bayk bersabar dengan suami hahahahhaha perasan over la plak...xpe nadia sabar sbb dia yang kau cinta so bersabar ja k....jagn mengeruhkan keadaan...orang yang sabar ada ganjaran dia kan kan kan hahahah...

dalam bilik aku panas sungguh...asa macam nk mandi ja lagi malm ni....kena air shower dok lama2 pastu tdow mst mest bes hahahaha dulu aku sllu wat tapi mak aku marah t air masuk paru2 owang cakap....so xdela aku mndi lewat malm dah skrang ni..dulu sllu jgk..ape aku melalut ni...dah tersasar title dah ni...huhuhuhuh tapi aku asa xsalah pon sbb ni blog aku aku punye suka la kan hahaha agak kurang ajar la tpi ade aku kisah....=_=

disebabkan aku bukan pengarang yang bgus aku xtau nk taip apa dah aku asa takt ni jala kot luahan n rintihan hati aku huhuhuhuhu
tapi kalo sayang aku ada baca sorry syang xde mksd nk skit hati sayng pon...owang xleh nk cakp depan2 xtau nk cakp camne t kena sembur hahahah tapi ape2 pon i love so much sbb bayk pengorbanan sayang tok owang...owang hargai sesagt juz u in my heart huhuhuhuhu jiwang skit malm ni slah stu pengorbanan sayang snggup msg owang smbil melabur ni hahahahah mmuuuuah mmuuuaaaah muuuaaah >,<

09 April 2010

hujan di petang hari

fuhhh lama aku tak tulis pasal apa yang jadi life aku....
ermmmm tiap-tiap hari aku asyik makan n tidur n makan n tidur n makan n tidur n makan n tdur ok ok stop
tapi tula hakikat....frust aku chek temuduga uitm aku tak terpilih waaaaaaaaaaaa
walau apapun aku cool ja hahahahah
mybe dia dah tentu apa untuk aku kan kan kan
so back pada title sekarang tiap-tiap petang hujan...dulu semua menrungut panas sangat,tapi sekarang lain plak jadinya mesti banyak mulut yang mengeluarkan perkataan SETIAP PETANG MESTI HUJAN.....hahahaa manusia tak kan pernah puas apa yang ada..betul tak apa aku kata....

baru-baru ni konvo sepupu aku kat poli arau,dengar mak aku cerita best ja,kebanyakkan pelajar kat sana diiringi ibu bapa diorang..termasuklah sepupu aku tu seko hahahahha garang macam singa but pretty la huuhuhuhu...sebut pasal pretty cousin aku banyak yang cun aku ja debab hahaha..tapi tak pe pakwe aku cakap aku comel giler hahahahaha kan sayang...sebut plak pasal sayang aku dia sekarang dah keja so sibuk banyak...tapi still cuba bagi aku sepenuh perhatian walaupun letih kat tempat keja thanks sayang sebab sayang owang huhuhuhu...jiwang la plak..hahhha
 
cun ak cousin aku tapi sorry dah berpunya >,<



masa aku tengah mengarang ni guruh berdentum dentum n dengar air hujan yang jatuh menimpa zink rumah aku yang bocor sana sini...huhuhuhuh...bila la kan aku nak buat rumah banglo untuk my mom tunggu aku kaya raya kot hahaha tapi la entah bila....aku bukan pengarang yang bagus dulu masa sekolah pon bm susah nak score A...so kalau agak kelakar karangan aku ni...kalau korang nak  kutuk aku peduli ape blog aku,aku punye suka la....huhuhuhuhu...

Rahsia Jari Kita

Rahsia Jari Kita
www.iluvislam.com
Oleh:LilaCgurl
Editor: Afdhal87

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

jari


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila

08 April 2010

Nikah Muda dan Bahagia



Nikah Muda dan Bahagia
www.iluvislam.com
Editor:afdhal87

Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!




Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi  Maha Mengetahui (QS Annur :32)


Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.


Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud: 


Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus


Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.


Abu Bakar As Siddiq pernah berkata Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".


Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)


Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.


Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang  Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)


Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)


Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"


Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:


Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"


Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;


"Apa yang  kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
 (Hadith riwayat Muslim)


Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
     
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .


Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

      Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari

Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.



Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah



Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

04 April 2010

teladan buat kita....Perangkap Tikus

Perangkap Tikus
www.iluvslam.com
Di forward oleh: Akhowat Islam
Editor: Afdhal87


Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar ?".

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...."



Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
" Ada perangkap tikus !"

Sang Ayam berkata,
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Doa Ketika ditimpa Musibah

Maksudnya: "Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."


SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI !

IKAN 3 RASA AKU MASAK..

hahahhaa gelak jahat ckit
ikan aku aku masak tau my mom cakap sedap wooooo hahahahaha 

ni sampingan kek aku buat huhuhuhu







sape nk try!!!!!!

Tolong Klik Saya :)