Pages

Ads 468x60px

14 December 2013

Wan Maimunah Selamat Diijab Kabul

  • Wan Maimunah selamat diijab kabulWan Maimunah menerima mas kahwin ‘membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH'.
JOHOR BAHRU – Aktres yang lebih sinonim dengan gelaran ‘ratu air mata’, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Tropical Inn, di sini kira-kira jam 8.20 malam.

Dengan Sekali lafaz, Wan Maimunah yang kelihatan anggun dengan persalinan serba putih itu kini sah menjadi suri hati Makpol itu turut menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Kedua mempelai juga tidak dapat menahan sebak sejurus selesai lafaz akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah mempelai dan rakat rapat.

Ketika ditemui media, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu mengakui tidak mengharapkan mas kahwin beribu ringgit sebaliknya hanya meminta suaminya itu membimbing ke jalan ALLAH.

“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” katanya.

Sementara itu, Makpol tidak menghalang Wan Maimunah itu untuk terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk membuat pilihan.

Beliau juga mengakui mereka berdua tidak mengambil masa lama untuk bercinta sebaliknya terus mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Pada saya, ianya telah tertulis oleh ALLAH untuk kami bertemu dan menjadi pasangan suami isteri, seperti juga pasangan lain kami berdua turut berharap supaya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.


13 December 2013

ANAS MENTOR FAIZAL TAHIR DAH ADA ANAK


Sebelum tuh TAHNIAH pada anas akhim dan sathiya telah menjadi JOHAN musim pertama
LIGA LAWAK SUPERSTAR.....dapat RM250k agak2 apa diowang buat kan dengan duit bertimbun tuh....okeyh sebelum tuh meh layan lirik lagu nihh


Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

sambung sendiri selebihnya ^__^

ok meh tengok anak anas sebiji rambut ayah dia ^___^






okeyh like father like daughter
hahahha akeyh hamba bergurau jangan tuam hamba sekalian memarahi hamba
gurau petang 
JUMAAT 13 12 13
hihi ^____-


WANITA UMPAMA AIR MUTLAK JANGAN DIJADIKAN DIA AIR MUSTA'MAL

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

via Syamil Hadi ~Musta'mal~

TIPS ANAK DEMAM, BATUK & SELESEMA

TIPS ANAK DEMAM, BATUK & SELESEMA

✔ Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

✔ Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

✔ Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

✔ Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

✔ Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

 

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA

TARIKH CANTIK 13 12 13

✿ assalamualaikum ✿

harini tarikh cantik jugak.... 13 12 13....so arini jugak mesti banyak pasangan pegantin yang pilih tarikh untuk buat majlis....
so secara tak sengaja tiba-tiba terfikir tahun depan mesti ramai yang akan choice tarikh
1 APRIL 2014 in angka 1.4.14....cantik kan....so terfikirlah tuan hamba bahawa tahun lagi depan tahun 2015 tarikh keramat bagi tuan hamba hahahaha kenapakah???
sebab my birthday date 1 MEI so secara kiraan kreatif n fantastik pada tahun lagi depan
akan terjadinya nombor cantik in my life 1.5.15 yeaaaaaa.....
kalau boleh nak nikah or buat something special time tarikh tulah...hahaha ^__^v
in shaa allah kalau ALLAH izinkan...kan kan kan....tapi
candidate pun tak tahu dok alam mana lagi nih...
and kita pun tak tahu time tuh tuan hamba hidup ke tidak lagi... ^_^
tapi macam best je macam teruja ja nak tunggu tahun lagi depan...
so dari sekarang nak kena kumpul baget nak buat something special untuk diri sendiri bila tiba time tuh....yeaaaa 

ok i kol this no 'KAPIT' hahaha

11 December 2013

JOVIAN MANDAGIE SAH BERGELAR ABANG IPAR DAFI

jovian mandagie sah bergelar abang ipar dafi

KUALA LUMPUR, 11 DIS 2013: Pereka fesyen popular, Jovian Mandagie akhirnya selamat bergelar suami kepada Nina Sabrina Ismail Sabri di Balai Rong Seri, Muzium Istana Negara sekitar jam 5:40 petang tadi. 


Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa dan wali pengantin perempuan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan.

Dengan hanya sekali lafaz, Jovian telah menghadiahkah Nina dengan seutas gelang emas sebagai mas kahwin pernikahan.
Jovian telah menyerahkan 11 hantaran termasuk senaskah Al-Quran, manakala Nina telah menghadiahkan 13 hantaran kepada suaminya. Kesemua hantaran disimpan dalam peti kayu khas dan ditutup rapat serta dihias indah.

Majlis telah disempurnakan dalam suasana penuh sederhana dan wajah ceria kedua-dua belah pihak pengantin.

okeyh saya copy sebulat dari murai.com :D

Rozita Che Wan Jawab Dakwaan Show-Off Dengan Perkahwinannya

✿ assalamualaikum ✿
ramai benar yang sekarang nih tengah bercerita pasal mak janda kita yang vouge sorang nih...
pasal majlis pernikahan dia harini...
menurut sumber murai.com nih...che ta kita telah mendapat tajaan sebanyak
bila dikira tambah tolak bahagi darab semua dekat 13JUTA okeyh...
untung che ta kita....untuk information juga cincin perkahwinan dia sahaja dah mencecah 93k
okeyh dieja DALAM PERKATAAN .... SEMBILAN PULUH TIGA RIBU....belum diskaun lagi che ta kata...hahaha
saya bangga che ta sebab anak kelahiran KEDAH yang berbakat dan lawa sangat sebagai seorang mak janda,,,,
tapi yang tak seberapa kurang berkenan kerana dia antara artis yang top dengan keseksian beliau...
moga ALLAH membuka pintu hidayah kepada che ta kita....seperti adiknya AYU RAUDAH yang cantik bertudung sekarang....perkahwinan che ta dan zain yang telah dianggap mewah dan gah ini telah menjadi Wedding of The Year pada tahun ini....hebat mak janda KEDAH nih ^___^ .....
diharapkan perkahwinan che ta dan zain berkekalan sehingga ke akhir hayat...
dan moga juga ALLAH memberi rozita che wan hidayah untuk menjadi wanita dan isteri yang solehah... ^__-
untuk tahu lagi lebih banyak pasal majlis perkahwinan diowang....
bolehlah saksikan sendiri... di video bawah nih..


CINCIN KAHWIN ROZITA CHE WAN RM93 RIBU
MAS KAHWIN ROZITA CHE WAN JUGA MENCECAH RM 9 300
BELANJA KAHWIN BELIAU RM 23 200
JUMLAH YANG DIPILIH BERSEMPENA TARIKH HARI LAHIR MASING-MASING
senang ingat kalau macam tu kan hihihihi..

10 December 2013

CARA DAPAT DUIT DARI IKLAN....

✿ assalamualaikum ✿
dah lama ketinggalan dalam dunia blog nih...
banyak benda yang dah tertinggal...
sampai nak edit blog TEMPLATE pun dah reti...
dah jadi masalah besar dalam hidup saya kalau dah tak pandai nak kodek sendiri...
padahal dulu siap ambil tempahan template blog lagi....ermmmm
untuk dapatkan template yang agak sesuai dengan nama baru blog saya..
saya cari and download yang sedia ada ja kat Pak Cik Google kita...
ermmmm mengeluh lagi... (okeyh saya tahu tak baik mengeluh) sabar... ^_^v
tapi alhamdulillah walaupun banyak yang ketinggalan... duit NUFFNANG saya sentiasa naik...
tiap hari akan ada visitor hasil dari seacrh engine GOOGLE datang view....
walapun blog nih dah bertahun tak buka.. rezeki ALLAH bagikan :) .....

so harini nak cakap pasal macam mana blog saya yang lama sangat-sangat tak update boleh dapat income lagi dari nuffnang....
bagi yang tak ada blog tuh dia tak tahu apa natang tuh nuffnag...
okeyh nuffnang bukan binatang dia adalah agensi mencari jodoh... eh bukan agensi pengiklanan
yang membayar kita apabila kita meletakkan iklan-iklan dari mereka...
contoh sila lihat di sebelah side bar saya....yang tertera

Apa Kata Klik Skali :)

 okeyh itulah iklan dari nuffnang yang memberi saya rezeki walaupun dah lama saya tak update blog nih...dah alang-alang tengok iklan tuh apa kata klik sekali hahahaha ^__^
okeyh mesti tertanya macam mana saya dapat visitor kalau dah tak update kan...
haaa ini tips yang memainkan peranan penting...
anda nampak dan bacakan post saya...tengok saya taip pakai bahasa ibunda seketul sebulat!! sesegi!! sepetak dan seangkatan dengannya...
okeyh untuk memperoleh visitor ke page kita....tolong baca tips yang HANIS ZALIKHA bagi nih...

Perkara yang harus dielakkan.Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja denganshort form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".

okeyh tuh semua betul...takkan ada orang nak taip kat seacrh engine google aku menjadi 'ak' kan...
so harus belajar men 'skema' kan diri anda dalam gaya kuak lentang kupu-kupu dan gaya bebas dalam penulisan anda...
biar skema asal masyuk ^__^ .....
supaya senang pak cik google nak trace keyword yang diorang nak cari....
saya bercakap nih melalui pengalaman....bercakap ek berhenti berfikir sejenak...
tapi saya tak cakap saya menaip...okeyh abaikan...
so untuk membantu blogger2 baru adik-adik yang baru nak berblog amalkan petua tradisioanal nih..
dan bagi adik-adik blogger muda suci murni....jangan mengikut jiwa muda korang nak taip ayat yang akak sendiri pun nak baca macam kanak-kanak tadika riang yang baru belajar nak baca....sangat seksa lidah dan otak pembaca dengan ayat kreatif korang...

contoh>>>S4k17 PUL4k h471 k1T3...

berapa korang ambil masa untuk baca ayat yang simple tuh...sepatutnya ayat yang hanya boleh skali imbas ja baca dah take 3 4 5 saat untuk nak mengeja dan fahamkan..itupun kalau faham....
so faham-fahamkanlah diri anda... ok tuh ja nak kongsi...untuk post kali nih...


dan tahniah setahniahnya to my freinds blog dia dah maju dari saya...rajin engkau update kawan mesti masyuk banyak nenek nuffnag bagi... nanti murah-murahkanlah hati open table untuk kawan kau nih yer ^__-
so nak jenguk blog beliau bolehlah LOMPAT SINI...

sekain...sekain??? typo lah sekian terima kasih ^_^

09 December 2013

Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Hanis Zalikha...

salam...
hari ini saya tertanya-tanya macam mana nak jadi seorang blogger yang hebat
boleh mendapat income dari berblog...
sebab saya tak pandai nak mengarang ayat seperti blogger2 hebat lain
okeyh diulangi tak pandai...kadang-kadang rasa annoyed bila baca ayat sendiri...
apa la nasib .....so entri saya yang dah lama sangat tak update kali nih saya nak share tips >>

Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Hanis Zalikha...

1. Perihal alamat surat-menyurat.
Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahamitetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:

www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com

OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.



baca 1st tips pun dah rasa semangat dah kan...so saya tak nak copy paste banyak-banyak apa kata anda pergi sendiri baca di blog beliau....

penulisan yang santai dan kelakar memang menunjukkan dia seorang blogger yang hebat...

okeyh saya kagumi diulangi kagum!! ^__^v

Tolong Klik Saya :)