Pages

01 October 2010

MAUT SEMASA MEMBUAT LATIHAN

ALOR SETAR: Seorang penerjun wanita warga Australia maut apabila payung terjun yang digunakan ketika melakukan latihan ‘base jump’ di Menara Alor Setar, di sini, gagal berfungsi, petang semalam.

ANGGOTA polis dan Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat wanita yang maut ketika membuat latihan terjunan di Menara Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Tantikey Lie Marion, 42, dipercayai sedang menjalani latihan penerjunan bersama tiga lagi rakannya untuk program ‘KL Tower International Jump’ yang dijadualkan berlangsung awal bulan depan di Menara Kuala Lumpur.



Mangsa yang juga penerjun keempat, jatuh terhempas dari ketinggian kira-kira 165 meter dan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala serta badan.

Difahamkan, penerjun pertama dikatakan tersasar ketika melakukan pendaratan dan tersangkut di atas tiang lampu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian dan dia diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Saksi kejadian, Zaidi Zainol Abidin, 41, berkata ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal menuju ke pejabatnya sebelum memberhentikan kenderaan selepas ternampak penerjun pertama tersangkut pada tiang lampu.

Bagaimanapun, katanya, penerjun pertama tidak mengalami kecederaan sebelum diturunkan oleh kakitangan Menara Alor Setar serta anggota penyelamat.

“Ia kemudian diikuti dua lagi penerjun lelaki, seorang warga tempatan dan asing. Apabila tiba giliran mangsa, saya lihat payung terjun tidak terbuka dan terhempas di atas simen kaki lima Menara Alor Setar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Zaidi Abidin berkata, orang awam yang berada di kawasan kejadian terus berlari ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala muka dan badan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk dibedah siasat.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

SUMBER BERITA HARIAN

4 comments:

Ka-Ching said...

mak aih...dasat + ngeriiii....

amycozzo said...

power2..huhu kalau dari mnara klcc lagi bes..:P

sud@is said...

ajal nya disni, bumi Alor Star Malaysia

ieda Qema said...

kesian sangat...

Tolong Klik Saya :)