Pages

21 March 2011

PAGI-PAGI MEH SENAMAN MUKA....TRY BACA MEST KAMU-KAMU GELAK ^___^ PART 2

KISAH 1

Nak tahu? Tahun lepas aku masuk kelas spoken english. Masa sesi pengenalan bersama penjaga/waris, lecturer english tu tanya kepada semua, siapa di sini yang speaking di rumah? Makcik beberapa selang sebelah aku ni dengan bangganya angkat tangan. Mula-mula agak impresif jugakla sebab dia sorang jer yang angkat tangan.. tapi tiba-tiba anak pompuan dia tanya.. "Bila masa mak cakap omputih kat umah?" DEMYUH

KISAH 2

Nak tahu? Ada satu minah kerja tol kat Subang ni aku cukup admire. Cun gila. Satu pagi tu, kebetulan lane aku nak bayar tol tu, dia yang jaga. Aku pun serahkanlah tiket tol dgn duit pada dia sambil tersenyum. Tapi pagar tol tak naik-naik lagi. Bila aku toleh kat dia, dia tersenyum dan kata "Bisness kad Cik ni untuk saya ke?" Rupa-rupanya saya tersalah bagi kad bisness aku. Malunya aku. DEMYUH

KISAH 3

Nak tahu? Selipar jepun yang aku baru beli kene tukar dengan selipar jepun (jenis yang sama) yang lagi buruk time sembahyang Jumaat minggu lepas. Yang haramnya.. mamat yang tukar tu selambak jer sarung selipar jepun baru aku depan-depan aku dan terus jalan tanpa rasa bersalah. DEMYUH

KISAH 4

Nak tahu? Malam tadi aku ada blind date. Sungguh sopan lelaki tu sampai nak batuk pon ambil sapu tangan tutup mulut. Aku dah bayangkan saat-saat indah bersama dia hinggalah sekumpulan bapuk datang dan berkata: "Eh eh, sejak bile kau dah tobat ni?" DEMYUH

KISAH 5

Nak tahu? Jiran aku datang melawat aku sekeluarga semalam. Dia tak percaya bila isteri aku kata yang umurnya 35 tahun. Jiran aku kata muka isteri aku baby face tapi bila jiran aku pandang aku dia kata "untung hang ni.. dah berumoq tapi bini hang nampak muda." Padahal isteri aku tua 4 tahun daripada aku. DEMYUH

1 comment:

bulat said...

heheeh... :)orang y tengah stress kalu baca mesti leh senyum

Tolong Klik Saya :)