18 March 2013
INGATLAH ...... :)
Saat kau kelaparan ingatlah kekasihmu Rasulullah s.a.w mengikat dua batu ke perutnya dalam perang khandak
Apabila kau marah dan sedih, ingatlah Rasulullah s.a.w mengawal kemarahan dan kesedihannya di atas kesyahidan pakciknya yang tercinta HAMZAH
Apabila kau kehilangan gigimu ingatlah Rasulullah s.a.w yang kehilangan giginya ketika perang Uhud
Apabila darah mengalir dari mana-mana bahagian tubuhmu ingatlah badan kekasih Allah Muhammad s.a.w yang mengalirkan darahnya akibat dibaling batu oleh penduduk Thaif
Apabila kau kesunyian ingatlah pengasingan Rasulullah s.a.w di gua Hira`
Apabila kau berasa letih ketika solat ingatlah kaki Rasulullah kekasih Allah yang lebam kakinya ketika solat Tahajjud
Apabila kau mengahadapi masalah dengan jiranmu.. ingatlah kisah seorang wanita tua yang sering membaling najis / sampah terhadap Rasulullah s.a.w namun baginda tetap sabar
Apabila kau kehilangan anakmu (meninggal dunia) ingatlah Rasulullah s.a.w yang kehilangan tiga orang puteranya ABDUL QOSIM, ABDULLAH and IBRAHIM.
Apabila kau memulakan perjalananmu yang jauh ingatlah perjalanan Rasulullah yang jauh ke MADINAH dalam HIJRAH
Apabila kau ingin membantah atau berpaling dari sunnahnya.. maka ingatlah cinta Rasulullah s.a.w padamu sebagai ummatnya sehingga nafasnya yang terakhir dia menyebut-nyebut namamu ummatku..ummatku..ummatku
Apabila kau mengalami kemiskinan ingatlah Rasulullah s.a.w yang juga hidup dalam kemiskinan
Apabila kau kehilangan ahli keluargamu maka ingatlah saat Rasulullah kehilangan orang yang tercinta iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya abu muthalib
Saat kau menjadi yatim piatu.. ingatlah kehidupan nabi Muhammad s.a.w yang sukar sebagai yatim piatu dari kecil
Apabila kau kasih dan sayang kepada anak yatim ingatlah kasih sayang Rasulullah kepada ZAID IBN HARITHA
Whatever situations you may find yourself in, remember your role model, the best of creation: Prophet Muhammad (Peace be upon him) THE CHOSEN ONE. SUBHANALLAH
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
sekarang ketahuilah hikmah kejadian Muhammad s.a.w sebagai kekasih Allah Rasul Allah (^_^) ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment