Pages

08 April 2013

POSISI TIDUR YANG BETUL MENGIKUT RASULULLAH


Bagaimana posisi ketika anda tidur? Mengiring? Meniarap? Menelentang?

Cara yang digalakkan ialah dengan membiasakan diri kita tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan pada awal tidur. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”

Elakkan daripada tidur terlungkup atau meniarap. Begitu juga dengan bayi-bayi kecil. Keadaan meniarap yang menekan perut ini akan menyebabkan paru-paru tersekat semasa bernafas. Di Amerika misalnya, pernah dilaporkan hampir 25% kematian bayi di negara itu disebabkan ibu meniarapkan tidur anaknya.

Rasulullah SAW pernah menegaskan, mafhum sabda baginda:”Sesungguhnya cara tidur seperti ini tidak disukai Allah.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Baihaqi).
Tidur di atas bahagian tubuh sebelah kiri boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu, juga mengurangi aliran darah ke otak. Kelak ia akan membahayakan kesihatan jika berterusan untuk jangka waktu yang panjang.

SUMBER

2 comments:

Edrina Zulkafli said...

good info^^

Anonymous said...

my misses also cikgu tadika..i'm relly love her..

Tolong Klik Saya :)