Pages

03 November 2010

*Jangan Takut Kahwin Awal*

*Jangan Takut Kahwin Awal*

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.


Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Alhamdulillah...


nadia copydari blog
KHURATUL AINI
dear tq kasi nadia copy
^__^

30 comments:

Miracles Of Life said...

best kawen awl.. sol pun kawen mse umr 20.. ndia cecepat la... hee...

Nadia said...

hohoho nadia lambat lagi agaknya :D

ieda =.= said...

hehehe..btol tuu..
dah kawen bru bercinta..
best2..nadia ape lagi nadia..
hehehe

nti leh dudu dtg.. =)

Wahidah said...

nice entry..


kawen muda tk slh asalkan dh bersedia..:)

ika~~ said...

waaaaah
teros ase nak kawen pas bace ni..!
gmba 1st tu...
suke laaaaaaaaaa!

Nadia said...

tapi nadia dah terbercinta ni dudu hehehehh xpe nnti bila nadia nk kawin nadia jmput semua yer kena datng :D yer dudu

Nadia said...

wahidah btol tu jgn sekurangan jgn lpas kawin jdi bebanan lak kan :D

ika hahahaah ok ja kalo ika nak nye letak mas kawin murah2 n xde blnja so jmput nadia pas tu hehehhe

Cik Ungu Kamila said...

waaa..sweetnye! :D

i like..

Nadia said...

so kawin la cepat heheheh cik unggu

BENA said...

waduhhhh best kalo dapat [erasaan macaam ni. nak kawen lah .

tapi tapiiiiiiiiiii CALON xde! heeee~

Siti Safiyyah said...

wahh,,sweet! hampir nak menangis bace entri ni. ni yg rase nak kawen awal nih. huhu. tp calon takde lg. ;p

ieda =.= said...

dah bercinta pun xpe..
jnji nasi minyak dudu d jempot makan..
umah dah dekat..hikhik

suzie rahman said...

best nya..nk jd cm dier.der lelaki perubatan nk lamar suzie? lalala..cpt nadia! kawen..ha3

Nadia said...

bena so tunggu pe lgi cari la calon dear :)

siti jagn la nagis siti bnjir blog nadia ni haaa :D

dudu nadia akn jmputnya lah jgn isau k :D

suzie hahahha suzie la dulu kawin jmput nadia skli jgn lupa tu hahah

atieaizam said...

indahnye..

Nadia said...

kak atie dah kawin bes kan hahah

Jelly Beku said...

kalau ader duit x per tapi kalau x de??? habis ar

Sca Ndx said...

betul 2, 20k terlalu mhl sbgai hantaran dan boleh digunakan kat benda lain,

sarah mohamad said...

macam tu saya pun nak kahwin awal jugak lah . hikhik .

sarah mohamad said...

macam tu saya pun nak kahwin awal jugak lah . hikhik .

Lydia Miza said...

Alhamdulillah...selamat berbahagia.LM kagum dgn anda..cuma blh tak bg tips bgi mana nak hadapi dan bangun dari putus cinta dlmentri LM yg sebelum ni..ia amat2 diperlukan..plizzz

Nadia said...

jelly betol tu nnti asyik bergaduh la plak kan heheheh

tula xajdi nadia nk letak 20k hahahaha aiyakkkk

bunga kuning haaaa kawin2 nnti cakap kat mak k :)

lm ni bukn kisah nadia dear ni orang lain nye hehhehe

Myra Jay said...

Pengalaman yg berharga dikongsi bersama..
Ingt tu Nadia, tak rugi kawen awai..hehe

BTW, TQ ya, nti dah dpt adiah inform me

AngahSayang2314 said...

wah bestnyerrrrrrrrrrrrr hhehe angah pun kawen awal gak...


4llow uuu jom kita tukar2 link

Unknown said...

nice!!!! agak sama dengan artikel terbaru saya. jemputla tengok2 nanti ya~

http://iqbalsyarie.blogspot.com/

± said...

islam itu mudah kan?kita je yg menjadikan perkara halal itu jadi susah

ekabukanmakcikkau. said...

erk , okey . mungkin aku akan ubah persepsi tentang aku & kawen . lepas ni . i mean,lepas aku habis belajar. yea,sounds good . uweek !

Unknown said...

biasanya perempuan akan kawen awal, tp lelaki biasanya dieorg akan kawen lamabt sikit sbb nak feel hidup bujang

Amanda Sasha said...

wow~ manda nak kahwin sekarang juga.hehehehe

hanis aleeya aka gadis sepi said...

ayah kata kalau ada orang datang ke rumah nak terus nikahkan je.. tengah cuba pujuk dia ni.. ngeh2.. adess.. susah gak nak pujuk orang kan?

tapi paling penting adalah kesediaan menjalani hidup berumahtangga tu.

Tolong Klik Saya :)