asanya ada ke tak yang tahu pasal kes ni ek dah agak lama jugak ni tapi nada bawu baca sebab mak nadia gtaw...sebab nadiakan suka main game farmville ni dulu ade penah kan andia cita ^__^ kenpa dia sanggup wat camtukan aiyakkk kesian nya anak itu xbesalah wahai ibu layan cita bawah nilah yer
Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.
Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.
Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.
Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.
Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sunggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville?
Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?
Hakikatnya ia telah berlaku dan sama-sama lah kita ambil pengajaran. Sebagai seorang ibu dan bakal ibu, amat penting bagi kita untuk mempunyai ilmu keibu-bapaan atau parenting dalam usaha kita megharungi cabaran dalam berkeluarga.
6 comments:
rentikanlah pd yg ketagih farmville tu...
uishhhh dahsyatnye penangan farmville ni. haha erma da stop men ni.
giler ar... main benda tu pun boleh bunuh anak ke... ish2... nasib baik aku dah x main..
ish.. tak sayang anak la dia ni.. penat je dia ngandungkan anak dia tu..
ee.. ada jugak yg macam ni
cisss..ape pnye mak daa..
Thanks a lot for sharing this with all people you really recognize what you're talking approximately! Bookmarked. Please additionally consult with my website =). We will have a hyperlink change agreement among us
Here is my site : online casino slot machines
Post a Comment