Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

10 September 2015

Blog vs Smartphone

Assalamualaikum...
Dah lama sangat tak UPDATE...
Sebab malas nk on off laptop...
Rupanya sekarang blog dah boleh update pakai smartphone...
Download ja dekat palaystore -blogger- n sign in...
TIADA ALASAN LAGI UNTUK MALAS....
kikikiki...

14 December 2013

Wan Maimunah Selamat Diijab Kabul

  • Wan Maimunah selamat diijab kabulWan Maimunah menerima mas kahwin ‘membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH'.
JOHOR BAHRU – Aktres yang lebih sinonim dengan gelaran ‘ratu air mata’, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Tropical Inn, di sini kira-kira jam 8.20 malam.

Dengan Sekali lafaz, Wan Maimunah yang kelihatan anggun dengan persalinan serba putih itu kini sah menjadi suri hati Makpol itu turut menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Kedua mempelai juga tidak dapat menahan sebak sejurus selesai lafaz akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah mempelai dan rakat rapat.

Ketika ditemui media, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu mengakui tidak mengharapkan mas kahwin beribu ringgit sebaliknya hanya meminta suaminya itu membimbing ke jalan ALLAH.

“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” katanya.

Sementara itu, Makpol tidak menghalang Wan Maimunah itu untuk terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk membuat pilihan.

Beliau juga mengakui mereka berdua tidak mengambil masa lama untuk bercinta sebaliknya terus mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Pada saya, ianya telah tertulis oleh ALLAH untuk kami bertemu dan menjadi pasangan suami isteri, seperti juga pasangan lain kami berdua turut berharap supaya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.


13 December 2013

ANAS MENTOR FAIZAL TAHIR DAH ADA ANAK


Sebelum tuh TAHNIAH pada anas akhim dan sathiya telah menjadi JOHAN musim pertama
LIGA LAWAK SUPERSTAR.....dapat RM250k agak2 apa diowang buat kan dengan duit bertimbun tuh....okeyh sebelum tuh meh layan lirik lagu nihh


Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

sambung sendiri selebihnya ^__^

ok meh tengok anak anas sebiji rambut ayah dia ^___^






okeyh like father like daughter
hahahha akeyh hamba bergurau jangan tuam hamba sekalian memarahi hamba
gurau petang 
JUMAAT 13 12 13
hihi ^____-


Tolong Klik Saya :)