Pages

Ads 468x60px

19 April 2013

DOWNLOAD UJIAN KOMPUTER JPJ

✿ assalamualaikum ✿

ok arini nak share untuk sapa2
yang bakal nak ambik lesen memandu
ataupun yang baru2 nih
ramai2 berduyun-duyun daftar BL1M
so kamu-kamu boleh la download dari sini
supaya mudah nak uji diri sendiri dulu
sebelum ujian yang betul punya :D
 SO GOOD LUCK

11 April 2013

Rozita Che Wan Sahkan Berkahwin Dengan Dato K

rozita
Akhirnya desas desus perkahwinan Rozita Che Wan dengan Datok K telah terbongkar dengan tersiarnya gambaq mereka berdua. Gambar tersebut telah di dedahkan oleh Rozita sendiri kepada wartawan yang hadir dalam sidang akhbar yang di adakannya petang kemarin bagi menjelaskan segala desas desus mengenai dirinya dan Dato K….
Menurut Rozita perkahwinannya dengan Dato K adalah di buat atas pilihan dirinya sendiri bukan paksaan dari sesiapa. Maka beliau berharap segala khabr angin yang melanda seminggu dua ini akan terjawab dengan pengakuannya itu.
Rozita yang turut di temani suaminya Datok Kumar juga telah memberi gambar intim dengan suaminya di bawah sebuah pokok di depan rumah mereka kepada wartawan yang hadir.
rozita2


Gambar intim Dato K dan isterinya Rozita Che Wan yg di ambil oleh cucu Dato K mengunakan kamera hangphone di bawah pokok hadapan rumah mereka.
Berita Sebetulnya
Dalam 1 perkembangan yang lain Kakak kepada laki Siti Norhaliza telah menawarkan wang RM100ribu kepada sesiapa yg dapat membuktikan kebenaran adiknya si K telah berkahwin dengan janda meletup yang bergetah lagi mengiurkan iaitu pelakon Rozita Che Wan.
rozita3
rozita4 
 
 
 
 
 
 
 
 
SUMBER

GETAH PEMADAM YANG STYLELO...

Hampa nak bagi muka dia jadi lagu mana???
pilihan di tangan anda kikikikiki

10 April 2013

Kuala Lumpur skyline in a plate of Nasi Lemak


sangat kreatifkan :D

MARBLE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES



✿ assalamualaikum ✿


OKEYH!!!! nak bagitahu memang sedap sangat okeyhh...

saampai nadia makan jatuh kerusi hahaahhah (serius betul jatuh sakit terasa lagi nih ) 
aiyakkk maluuu
okeyhh tutup mukaaa hehehee
 
ok tutup story pasal tuh....
nak cerita pasal kek nih....memang sangat sedap
sebab akak staf kat tadika nadia dah buat kelmarinn
dan bawak bagi kitaowang makan memang superb
tengok gambar pun dah meleleh air liur so baik korang pun try buat
dari nadia tengok yang share dekat facebook tuh 
resepi nih datang dari blog cikepal so sorry kalau share tanpa kebenaran :D
meh tengok pic dia kat bawah nihh... n resepii

 
MARBLE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES
Bahan2
250g butter(sya guna marjerin je)
1cwn serbuk koko
3bj telur gred B(sya guna telur omega)
1 1/2cwn gula castor
1/2cwn susu cair
1 1/2 cwn t/gandum*ayak dgn BP n SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla
Cara2
1.Cairkan mrjerin. Dh cair msukkan srbuk koko. Kcau hingga sebati.tutp api n ketepikan.
2.handwhisk gula n telur. Msukkan ke dlm adunan koko td.kacau sebati.
3.msukkan susu cair n kcau sebati
4.msukkan tepung + BP + SB sedikit demi sedikit smbil kacau hingga sebati.akhir sekali msukkan esen vanilla n kcau rata.
5.pnaskan oven pd suhu 175 alas loyang 10 x 10 dgn grease proof paper. Biar kertas bjuntai pd dua belah yg btentangan supaya mudah mgeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies td ke dlm loyang n ratakan. Tggalkan sedikit adunan utk mbuat marble di atas lapisan cheese nti.
7.bakar selama 20mnit mgunakan api atas bwh.

Bhn2 cheese
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1bj telur gred B(sya guna telur omega)
Pukul cream cheese shingga gebu.msukkan gula n pukul lg sehingga sebati. Kmudian msukkan telur n pukul lg hingga sebati.

Slps 20mnit kluarkan brownies dr oven. Tuangkan adunan cheese n ratakan. Paipkan baki adunan brownies di atas lapisan cheese n lorekkan corak mgikut citarasa msing2. Msukkan semula ke dlm oven n bakar lg selama 15mnit atau shingga cheese msak. Biarkan sjuk sblum dipotong.

sumber nadia copy dari fb nih KLIK SINI 

SELAMAT MENCUBA

ZATUL DAKWA DIROGOL OLEH MOHD (MENTOR)


Rogol: Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd (Mentor)
PETALING JAYA – Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.

Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.

“Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.

“Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.

Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.



Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.
Mohd
Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk terus memburukkan namanya kepada pihak media.

“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.

Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini.

Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.

Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa keluarga lagi.

“Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti yang kukuh daripada pihak polis,
” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.- Mstar.com.my

macam-macam laaa
SUMBER

08 April 2013

POSISI TIDUR YANG BETUL MENGIKUT RASULULLAH


Bagaimana posisi ketika anda tidur? Mengiring? Meniarap? Menelentang?

Cara yang digalakkan ialah dengan membiasakan diri kita tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan pada awal tidur. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”

Elakkan daripada tidur terlungkup atau meniarap. Begitu juga dengan bayi-bayi kecil. Keadaan meniarap yang menekan perut ini akan menyebabkan paru-paru tersekat semasa bernafas. Di Amerika misalnya, pernah dilaporkan hampir 25% kematian bayi di negara itu disebabkan ibu meniarapkan tidur anaknya.

Rasulullah SAW pernah menegaskan, mafhum sabda baginda:”Sesungguhnya cara tidur seperti ini tidak disukai Allah.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Baihaqi).
Tidur di atas bahagian tubuh sebelah kiri boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu, juga mengurangi aliran darah ke otak. Kelak ia akan membahayakan kesihatan jika berterusan untuk jangka waktu yang panjang.

SUMBER

DOA SUSAH TIDUR MALAM

 doa jika anda susah tidur malam

 

” Allahumma Ghaa Ratinnujum, Wahada Atil ‘Uyuun, Wa Anta Hayyu Qayyum, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Anim ‘Ainayya Wa Ahdi Laili ” 

Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” Hadith Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni

06 April 2013

MAKANAN UNTUK KANAK-KANAK YANG CUTE DAN KREATIF

✿ assalamualaikum ✿
  
susah untuk buat anak-anak makan makanan yang berkhasiat kan
apa kata kalau mama-mama semua yang kreatif cuba buat macam animation 
dalam makanan si manja anda..mungkin cara ini boleh jugak menarik minat si manja sayang
jom kita tengok contoh-contoh makanan yang kreatif untuk si manja sayang ^__^....

04 April 2013

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal..


Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

*Petikan dari laman web darussyifa.org, buat manafaat kita bersama.
Oleh: Ibnuumar Asseluluni


Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;




Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.




Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;




1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.




2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.




3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.




4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.




5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.




6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.




7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.



8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.




Pencegahan Awal




Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;






Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.




Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;


“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;


Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.
Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.




Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.




Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.







Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.


Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri




1. Doa Bersetubuh
Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.






2. Doa ketika hampir keluar mani
Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.




Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)

03 April 2013

CARA MENGATASI TANTRUM ANAK





Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Kenali Apa Itu Tantrum

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

02 April 2013

CINCIN KREATIF YANG SO SWEET :)

Agak kreatif la cincin yang ada mesej dalaman macam gambar kat bawah ni. Beberapa tahun lalu, penyanyi Korea pernah menulis lagu mengenai tanda selaran matahari yang beliau dapati di jarinya selepas dia berpisah dengan teman wanitanya dan membuang cincin yang dia telah pakai untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah cerita yang diilhamkan Jungyun Yoon untuk membuat cincin ini dengan huruf tersembunyi di bahagian dalam. Harga bermula dari $ 120 hingga $ 780 di yoonjungyun.com















SUMBER

01 April 2013

✿ ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR ✿


✿ assalamualaikum ✿

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.. (^_^)

TAHUKAH ANDA MAKSUD ENCHANTEUR!!!!

ASSALAMUALAIKUM ^__^
yeaaaa minyak wangi baru....
tadikan try google translte n dapat maksud
 ENCHANTEUR nih lau xsalah lam bahasa french...
kalau dimaksdkan dalam bahasa melayu...MEMPERSONA
so memang mempersona...
mnyak wangi nih bau dia lmbut n nadia suka ^_____^
nanti besday hadiahkan nadia yg nih ek..hahahahha...


 
 ENCHANTEUR = MEMPERSONA

forever love hmmmmm ^______^ wanggiiii

Tolong Klik Saya :)