Pages

04 May 2011

PASUKAN FUTSAL PAK CIK KITE MASUK PAPER METRO LAH ^__^

salam semua arini baru persaan pasukan futsal pak cik nadia
ada lam metrro so try cari lam tenet...tapi artikel ja ada gambar xde
kat paper ada gambar ^__^..disebabkan nadia yg driver artu so agak poyolah
nadia nak cerita diowang nih menang JUARA under 16..under 12 dapat tempat ke4 n bawah 15 xdak tempat hahahaha alhamdulillah dua pasukan
pak cik nadia menang n si juara dapat ke PUTRAJAYA nanti ^__^
meh tengok bawah nih...sebenarnya 1st time pergi kat gelangang futsal sebab tuh jakun sungguh nak cerita jugak hohohohoh...


TSB Tandop B FC cemerlang


Oleh Md Badlishah Md Ali
badlishah@hmetro.com.my

TAMAN Seri Bagan Tandop ‘B’ FC (TSB Tandop B FC) dari Kedah mencatatkan nama selaku juara di negeri jiran, Perlis selepas menumpaskan wakil dari Pulau Pinang, Kelab Sukan Rekreasi Melayu Pulau Pinang (KSRM PP) 3-2 pada perlawanan akhir kategori Bawah 16 Tahun Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2011 siri ke-7 yang berlangsung D’Futsal Centre, Sabtu lalu.
Hasil kejayaan itu, TSB Tandop B FC menerima wang tunai RM800, pingat, barangan Figos selaku juara manakala KSRM PP menerima RM600. Kedua-dua pasukan layak beraksi di peringkat Grand final mewakili Perlis yang akan berlangsung di Ampang Sports Planet, pada 24 Julai ini.

Bagi kategori Bawah 12 Tahun, Akademi Bola Sepak Putra FC menceriakan tuan rumah apabila muncul juara selepas menumpaskan Kejora ‘A’ FC dari Kedah, 2-0. Kedua-dua pasukan terbaik kategori turut layak ke Grand Final.
Turut hadir, Pengurus Acara & Sampling, Nestle Products Sdn Bhd, Cawangan Utara, Mohd Hanif Haron dan Pengarah Urusan D’Futsal Centre, Ramli Jusoh.

Siri ke-8 akan berlangsung di Ipoh Sports Planet, Perak, 14 Mei ini. Borang penyertaan boleh didapati dengan melayari laman www.milo.com.my atau www.syoknyasukan.com atau menghubungi Nik Muhd Radzi (013-9118877) dan Mohd Zaila Ismail (012-9743347).


nak tumpang glamour jugak kuakukaukua

under 16 tahun
masa nih diowang pakai jersi hijau
 
under 16 tahun
lepas tuh kena tukajersi  sebab sma jersi dengan lawan ^__^
pakailah jersi purple lak
under 12 tahun

SUMBER >>>> http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TSBTandopBFCcemerlang/Article/index_html

No comments:

Tolong Klik Saya :)