Pages

31 January 2011

Anak kambing berwajah anjing

salam semua ni nadia baru nak kongsi dengan kamu-kamu
semua pasal anak kambing yang berwajah anjing
agak lama jugak kes nih tapi nadiakan lambat ckit so
sapa-sapa belum tahu meh kita share n tahu sama-sama ^__^

Anak kambing berwajah anjing
Oleh Amir Mamat


MOHD NASIR  menunjukkan anak kambing  berwajah pelik dan menyerupai anjing 'bulldog'  di Kampung Serkam, Melaka.
MOHD NASIR menunjukkan anak kambing berwajah pelik dan menyerupai anjing 'bulldog' di
Kampung Serkam, Melaka.
Kaki pula menyerupai khinzir

JASIN: Seorang penternak kambing di Kampung Serkam, Serkam, dekat sini, terkejut mendapati seekor daripada empat kambing betina peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik mirip anjing serta bersaiz luar biasa

Mohd Nasir Hashim, 49, berkata, kambing betina digelar Mak Itam itu melahirkan anaknya dianggarkan seberat enam kilogram bersama seekor lagi, antara jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, semalam.
Bagaimanapun, kedua-dua anak kambing terbabit mati sejurus dilahirkan.
Ketika ditemui, Mohd Nasir berkata, pada kira-kira jam 10.45 pagi, beliau meminta anaknya, Mohd Shahir dan Aizuddin ke kandang kambing untuk melihat keadaan Mak Itam yang dijangka beranak, semalam.

Katanya, apabila tiba di kandang itu, Mohd Shahir mendapati kambing berkenaan kesakitan dan sukar untuk melahirkan anak.

Saya bersama Mohd Shahir dan Aizuddin mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan anak kambing berkenaan yang dipercayai tersekat kerana saiz badannya yang besar.

Selepas berjaya dikeluarkan, saya terkejut melihat wajah dan saiznya tidak seperti kambing lain, manakala kakinya menyerupai kaki khinzir. Sejam selepas itu, seekor lagi anak kambing yang normal dilahirkan tetapi kedua-duanya mati tidak lama kemudian, katanya.
Mohd Nasir berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak beliau mula menjalankan ternakan kambing dan lembu di belakang rumahnya.

Ini kejadian pelik dan saya bersyukur diberi peluang melihat keadaan yang membuktikan kebesaran Allah ini, katanya.

sumber..berita harian

No comments:

Tolong Klik Saya :)