Pages

09 March 2011

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SPAK KEMAS 2011/2012 (TABIKA/TASKA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS Tahun 2011/2012.


SYARAT DAN KELAYAKAN
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
...
2. Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-

2.(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan

2.(b) Mendapat lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu (dan lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


MAKLUMAT ASAS KURSUS
Tarikh mula Kursus:
Julai 2011 atau tertakluk kepada perubahan

Tempat:
Institut/ Pusat Latihan KEMAS

Tempoh:
Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan


TARIKH PELANTIKAN
1. Calon yang lulus kursus ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 kontrak.

2. Tarikh pelantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa mulai tahun 2011.


PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
1. Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005

2. Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan

3. Borang ini juga boleh didapati di:
3.(a) Laman web www.kemas.gov.my; melalui http://www.kemas.gov.my/muat_turun ;atau
3.(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Ibu Pejabat KEMAS dan Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti di alamat berikut: http://www.facebook.com/note.php?note_id=500001019960


PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
1. Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap diisi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di http://www.facebook.com/note.php?note_id=500001019960 sebelum tarikh tutup permohonan.

2. Sila catatkan nama kursus yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan sama ada Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) atau Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA) TAHUN 2011/2012.

3. Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Mac 2011

SEDIH NADIA TAK LAYAK LAK WAAAAA SEBAB TAK DE DIPLOMA T__T
BILA MAU DAPAT KERJA NIH.....TAKUT GEMENTAR SEMUA ADA

No comments:

Tolong Klik Saya :)