Pages

18 February 2011

Apa yang Lelaki Mahukan !!!!!!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8a/Boy_and_girl_posed,_standing,_holding_large_cup.png
ihsan google

Apa yang mereka cari sebenarnya?

Lelaki merupakan makhluk yang lebih tertarik pada fizikal dan kerana itulah gadis yang lebih cantik akan mendapat perhatian mereka. Bila seorang lelaki ingin menjalin perhubungan yang lebih serius, mereka mula memikirkan perkara lebih sekadar rupa yang cantik. Mereka mula mengambil serius mengenai personaliti kamu dan bagaimana kamu berdua serasi bersama.

Tapi kamu juga mungkin perlukan beberapa aspek “sedap mata memandang” untuk menarik perhatian mereka. Mereka mungkin tak tunjukkannya serta-merta, tetapi lelaki memang tertarik pada wanita yang kelihatan cantik. Berikut merupakan beberapa ciri yang mungkin mampu mencuri perhatian mereka:

  • Wajah yang cantik Ini benda pertama yang mereka lihat dan jika mereka sukakan apa yang dilihat, ia mula mencuri perhatian mereka. Pastikan muka kamu sentiasa bersih dan mekap kelihatan ringkas. Mereka pasti perasan jika kamu bermekap tebal. Kebanyakan lelaki sukakan wajah yang lebih semula jadi.
  • Gerak tubuh dan bentuk yang menarik. Bentuk tubuh yang cantik terletak dengan beberapa gerak tubuh merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan perhatian mereka. Selalulah bersenam di gim dan amalkan pemakanan yang sihat dengan membanyakkan sayur, buah dan bijirin kerana ia akan membantu kamu kekal cergas.
  • Senyuman yang manis. Senyuman yang manis membuatkan wajah gadis itu lebih berseri. Senyum selalunya berjangkit dan tak pernah gagal menarik minat seorang lelaki. Jadi kalau kamu mahu dia memandang kamu buat kali kedua, berikan padanya senyuman termanis kamu. Tunjukkan padanya yang kamu pun tahu berseronok!
  • Personaliti yang berkeyakinan. Sesetengah lelaki sukakan ciri-ciri tertentu pada wanita. Mereka mungkin tertarik dengan keyakinan kamu yang tinggi dan mahu mengenali kamu dengan lebih lanjut. Jadi buatkan dia meminta nombor telefon kamu dengan lebih berkeyakinan terhadap diri kamu.
  • Sentiasa positif. Siapa yang mahu berteman dengan seseorang yang murung dan asyik muncung aja. Lelaki mahukan perempuan yang tabah, berkeyakinan dan sentiasa positif. Mereka perlukan seseorang yang mampu menyokong dan percayakan impian mereka. Seorang wanita yang sentiasa ceria dan bersemangat pasti merupakan impian setiap lelaki.
kepada kaum adam betul ek ??? ^__^
sumber>>> kotex.com

4 comments:

muhsin aminudin said...

laki nak kesetiaan dan kesudian dari diri wanita itu untuk bersama suka dan duka. percayalah. lelaki tak pandang muka sgt.

shark said...

saya mahukan teman:)

hakeem kira said...

sokong muhsin . muka tak perlu risau .

muhamad zairi bin marzuki said...

kalo sekilas pandang memang ya...lelaki akan lebih tertarik pada wanita yang mempunyai rupa paras yg cntik..tapi kalo utk phubungan yg serius, lelaki lebih tertarik pd sifat dalaman seseorg wanita..seandainya ad kedua2nya, ianya 1 pakej lah..alhamdulillah la..hehe..sapo yg xnok kan..=)

Tolong Klik Saya :)